
The album case

logo nadamurni
Ok..terdapat 10 lagu dihimpunkan di dalam album ini.. bagi mereka yang mengikuti nadamurni sedari awal penubuhannya pada tahun 1987...pastinya tahu setiap inci lagu-lagu yang dimuatkan dan pastinya juga mampu mengenali anomali-anomali beberapa lirik yang telah diubah suai untuk pendekatan masakini
Saya adalah peminat percussion. Bermula dari percussion dan merasakan degupan nasyid yang sebenar yang melahirkan dakwah perjuangan sebenarnya bermula dengan detak perkusi yang asli. Musik iringan yang melatari lagu-lagu dalam album ini rupanya di mainkan oleh x-nadamurni seperti hamzah dan geng-geng rabbani senior and junior... amat nostalgik bila mendengar lagu seperti Sunnah Berjuang (trak 04) dimainkan dengan rentak perkusi kompang turki/kompang yang asasnya..yang jika anda seorang pemain perkusi era-era nasyid AL-Arq@m itulah asas pukulan yang anda pelajari.. (ehehheheh kenangan di shoutul mujahidin menjelma)... Ohhh atas permintaan saudara Irfan kita saya kongsikan lagu ini setelah di rip dari CD originalnya..saya rip dalam format MPEG4 menggunakan iTunes...Downloadlah selama masih wujud di blog ini.
Sunnah_Berjuang.m4a
Namun terdapat beberapa lagu kegemaran saya yang mana lenggok nasyidnya sungguh nostalgik dan permainan perkusinya sungguh..sungguh...kenangan silam..
Ayyu_ZIkra_feat_UstAmal.m4a
"Biar susah sedikit kerana Tuhan..Untuk menghindar kesusahan yang kekal, yang tidak sanggup ditanggung badan.." Lirik lagu Nun Di Sana ini adalah antara lirik-lirik yang sinonim dengan nadamurni.. lirik yang "straight to the point" namun tetap mengekalkan keindahan seni lirik dan lagunya... Lagu nun di sana ini tak salah saya dimuatkan dalam album Cahaya Di Ufuk Timur (perbetulkan jika salah..) dengan gambar ahli nadamurni berposing di atas tangga..dalam album cover dalamnya
NunDi_Sana.m4a
Ok... lagu ini akan mengingatkan saya kepada SPM...Hidup di alam Form 5... Lagu Al-Hijrah.. lagu ini pernah berkumandang dalam gegendang telinga saya semalaman berulang-ulang di pusingkan lagunya oleh walkman saya ketika itu..untuk menyingkap setiap satu rentak perkusinya.. itu semua nostalgia..kenangan lampau..tak terbeli..
Al_Hijrah_feat_UstAmal.m4a
Harap semua menikmati lagu-lagu yang ada... jumpa di lain kali..
p/s- sesiapa yang ingat lagi lagu nasyid ekonomi fardu kifayah, komersial dan strategi?


